salam...
nie story versi aeeinn cerite...
disampaikan dari abah waktu sekolah dulu2..
kisah si saintis dan si nelayan..
seorg saintis yg bijak pandai ingin mengkaji lautan. Dia mencari seorg nelayan utk memandu arahnya dilaut. nelayan yang diinginkan mestilah seorg yg senyap dan bpengalaman tentang perihal lautan. Maka seorg pemandu pelancong menyatakan nelayan yg diinginkan oleh si saintis itu ada dan dia tinggal di hujung kg di tepi sungai. si nelayan sudah separuh umur dan sememangnya dia bpengalaman kerna seumur hidupnya dihabiskan di lautan..
semasa menjalankan kajian mereka tidak pernah berbual2 kerna si saintis itu bz dgn tugasnya manakala si nelayan pula memang seorang yang pendiam. mereka tidak berbual sehingga hari terakhir sisaintis membuat kajiannya..
pada hari terakhir itu awan yang mulanya cerah telah mempamirkan redupnya..si nelayan yang melihat keadaan itu menampakkan kurang senang dengan keadaan itu. Dia telah menimbang2 berkemungkinan hari ingin hujan.. ombak pula mula memukul2 kapal dengan kuat tidak seperti hari2 biasa.. dia begitu risau.. setelah si saintis menyudahkan kerjanya dia menyuruh si nelayan membawa mereka pulang..
semasa dalam perjalanan pulang sisaintis itu bertanya kepada si nelayan..
saintis: awak ada belajar FIZIK?
nelayan: tidak.
saintis: hemmm.. nampaknya kehidupan awk telah rugi sebanyak 25%. Awk ada belajar KIMIA?
nelayan: tidak tuan..
saintis: oh! nampaknya 30% kehidupan awk telah rugi. Awk ada belajar BIOLOGI?
nelayan: tidak kerana kehidupan saya hanya dilautan ini.
saintis: Aaa... nampaknya awk telah rugi 25% kehidupan awk.. Jika begitu kehidupan awk selama ini adalah rugi..
keadaan laut tidak begitu baik sehinggakan kapal yang mereka naiki melambung2 dengan tidak menentu dan hujan mula turun.. si saintis mula bimbang. tetiba si nelayan bertanya sesuatu kepada sisaintis..
nelayan: adakah tuan reti berenang?
saintis: tidak
nelayan: nnampaknya 100% kehidupan awk adalah rugi.
p/s: abah ckp mase tu.. jgn memperkecilkan org lain kerana setiap org yg Dia ciptakan didunia ini mempunyai kelebihan masing2.. hargailah kelebihan yg kite ader..
^_^ selalu..
1 comment:
setuju!!!
Post a Comment