Bersyukur la...

ALLAH memberi kite matahari supaya kite bersyukur dengan Nya...
Kadangkala Dia berikan petir dan hujan untuk menguji kite...
Supaya kite tidak lupa yang Dia boleh memberi suasane terbit cahaya pelangi yang lagi indah...

keNaLi ku

My photo
atas tAnah, bawAh Langit, Malaysia
aku diberi nama ct nuur' ain bt ismail penyambung dari nama ibuku.. pagilan ku... ct boleh, nuur boleh.... ain pon boleh... klu rajin pangil la nama panjang coz lebih afdal kerna nama itu dikatakan satu doa..sekali padang aku dikaterkan sombong... kerna kamu tidak mengenali aku.... tp aku bukan sebegitu cuma ada sedikit malu..^_^ jadi jika kamu nak tau siapa aku bekawan dahulu dengan ku... mungkin selepas itu kau akan tau yang aku adalah seorang yang bagaimana.... tp sahabat2 ku menganggap aku yang sebegini rupa... simple..blur..poyo..riang.. dan aku hanya meluahkan apa2 yang aku rasa mengikut kehendak ku..

Sunday, July 31, 2011

Laluan..


-salam-



aku mula berfikir
laluan yang ku lalui ini
sama juga dengan hari sebelum2 nya...
cumanya,
hari ini amat berbeza..
kenapa?
mungkin tempatnya
telah diubah suai..
mungkin orang2 yang
ku temui
sebelum2 ini berbeza
dengan hari ini..
semua itu sentiasa berubah..
tapi kali ini
ianya berbeza kerna
perubahan yang lahir dari diri ini..
kerna
aku belajar melalui jalan itu
berseorangan tanpa pertolongan
pihak yang sentiasa
diharapkan.
melalui laluan itu aku
belajar berdikari..
rupanya
banyak benda baru
yang tidak aku ketahui..
mencari jalan penyelesaian sendiri
bagi aku
terus melalui jalan itu
hingga sampai kedestinasi ini..
dan bila
telah tiba disini..
dengan payah dan penat yang kulalui..
aku mula tersenyum..
kerna
melalui laluan itu..
memberikan aku
pengajaran dan pengalaman
yang sememang nya baru bagi diri ku..

senyum selalu ^_^
tunggu warna pelangi dihujung hari mu.

Monday, July 25, 2011

Terima kasih buat CP...

-Salam-

bertape sukanya
saya..
first time...
ianya sungguh comel...
terima kasih buat
cos
bagi saye
freebies doodles..

senyum selalu ^_^
tunggu warna pelangi di hujung hari mu..

Friday, July 22, 2011

Kempen Senyum 1 blogger by Kimiez


-SALAM-


jom join so klik la kat sinie..
aeeinn suker2 sangat dapat join...


senyum la di setiap waktu dan ketika kerna ianya akan menceriakan hari anda..
seperti pic kat atas hahaha..
tu senyum sambil makan pastu nak tau per jadi...
hahaha..
kalau cerite rase nak tersenyum dan gelak lagi...
cos..
nampak jari tu...
dia suker sangat snap pic dari maner2 camre tak kisah la..
dari camre, fon or laptop..
nak tunjuk senyum nyer pasal kerne dapat makanan yang disukai..
tp jari duk mencari button enter x jumper2..
mate mesti la nak pandang cem..
senyum kena la bg nampak..kan..kan..
so ader la jari dari tgan lain duk tolong tekankan..
jadi
kah3x..
tp senyum tu tetap ada tau...

"Sebut SSSSSSSSS...... pasti anda senyum"


senyum selalu ^_^
tunggu warna pelangi di hujung hari mu...

kite sama tapi tak serupa

-SALAM-


kita tetap berbeza..
walaupun
kita sama
namun ada
yang tak serupa..
kerna Allah itu
mencipta
setiap antara
kita
dengan uniknya..
jadi
kau tidak boleh
memperkecil2kan
yang lainnya...
kerna
setiap antara
kita
ada kelebihan
dan kekurangannya...

^_^ selalu..
tunggu warna pelangi di hujung harimu..

Sunday, July 17, 2011

Segmen : Aku Blogger Negeri Johor


-Salam-

wah... setelah lama tangan dan mate nie bercuti....
akhirnya...
igat ari nie aeeinn just nak blogwalking jer..
tp pantang jumpe...
dan kemudianya diri ini terjebak gan satu segmen yang menarik...
segmenya seperti yang telah dinyatakan...
'Aku blogger Negeri'

so, dengan izin diri ini.....
untuk sesi suai kenal la kan... ( just untuk saper nak tau la)
aeeinn
anak jati kelahiran Negeri Johor..
kampung belah abah kat Mersing..
kampung belah ibu Batu Pahat..
lahir dan dibesarkan kat Mersing..
penah sekolah di Sek. Ren. Sri Mersing
sampai darjah 6..
pastu
pindah ke Johor Bahru
cos masuk asrama di SIGSJB.
sampai form 5.
pastu
family pindah kat Kluang..
so sekarang kiteorang menetap di Kluang..
dulu sambung study kat KPTM Kota Bahru Kelantan..
dan sekarang kat UNISEL Shah Alam..

apa yang menarik kat tempat tinggal saya...
dulu kala di Mersing tu Air Papannya..
suasana kampungnya.. pulau2 nya yang dapat dilihat dari pantai tapi tak
pernah pun sampai kesana.. (sedih pulak..terase rugi)
makan pulak..
keropok lekor... nasi dagang..
(ish.. kalau senarai tak abis nie)
di JB..
emmm...
banyak kot tempat menarik..
Danga Bay..Angsana..
(haha.. nie senarai tempat yg selalu pergi mase outting dulu)
makanan..
tu jangan cakap la..
makanan segar dari laut>seafood..
(ah banyak sangat yang sedap tak tau nak tulis mana dulu)
kalau kat Kluang..
Air Terjun Gunung Berlumut..
(lagi maner ekh?? kat Kluang x abis jalan la)
Makanan
dulu popular
kluang railway station tu
(tp sejak kena gam tu.. apa yg popular ekh??)
kerepek... lagi...
(ah... nanti tanya ibu la)

paper pon terima kasih..
senyum selalu ^_^
tunggu warna pelangi dihujung harimu..
















keprihatinan

-Salam-

Andai semalam aku melintasi kamu tanpa memandang
dan menyedari kau ada disitu...
ku mohon maaf kerna aku tidak menyedari kehadiran kamu
jadi maafkan aku dan ku harap kau tidak berkecil hati..
sesungguhnya aku kurang memberi perhatian dengan keadaan sekelilingku
akibat tergesa-gesa mahupun fikiranku melayang2..
jadi sekiranya kau begitu kisah dengan kehadiran ku tegur lah aku....
pasti aku juga akan menegur mu...
dan sekiranya esok dan lusa mendatang..
pasti aku memberikan perhatian kepada sekeliling ku...
di mana aku lalui.. dimana tanah yang ku pijak..
dimana mata yang ku pandang
dan di mana tangan yang memegang atau menyentuh sesuatu..
pasti akan ku beri perhatian...
dan akan ku dogakkan kepala untuk melihat sekeliling ku...
kerna aku pasti ada orang yang prihatin terhadap kehadiran ku disitu..
kerna ada seseorang seperti kamu yang menyedarkan aku...
supaya aku sentiasa prihatin dengan kehadiran sesuatu..

kembali..

-Salam-

seperti roda berputar
ianya akan kembali
semula ke bahagian yang awal
dan
terus menerus akan berputar
dan
kembali semula kesitu..
cuma
beza disitu hanya masa..
ya..
dahulu lain dan sekarang lain...
adakala
cepat sungguh putaran itu
membawa bahagian itu kembali..
tapi kadang kala
ianya sungguh lambat untuk kembali
kerna putaran itu sungguh perlahan..
walaupun
adakalanya bahagian itu di atas mahupun dibawah...
sekembali ke bahagian itu..
ianya hanya
perlu bersyukur
kerna ianya
banyak melalui dan mempelajari
sewaktu ianya beputar...
maka
sebelum putaran roda
itu berhenti berputar
setelah sampai kedestinasi..
lalui la sejauh mana
dan bersukur la walaupun
disetiap bahagian
putaran roda itu berputar..