-salam-
sudah lama aku menapak..
tanpa rasa jemu dan putus asa..
walaupun langkahan ini kadangkala
terlalu perlahan dan kecil.
akan tetapi
tubuh ini masih begerak
mengikut arah yang ingin dituju itu..
setiba di persimpangan itu..
ada rasa ragu2
untuk aku meneruskan
langkahan ini..
kerna selepas melepasi lorong ini..
aku akan menuju
ke jalan yang baru..
jalan yang tidak pernah ku lalui sebelum ini..
mampukah aku melalui jalan itu..
sudah bersediakah diri ini?
lantas nasihat ibu kembali..
memberikan semangat di waktu aku mula was2..
hari ini aku berhenti rehat..
mula menyiapkan diri..
doaku tidak lekang dari bibir ini..
supaya setiap langkahan ku
hanya kerna Dia dan sentiasa
didalam rahmat Nya..
hari yang baru tiba..
matahari mengeluarkan sinarnya..
memberikan aku keyakinan menuju ke jalan baru..
dengan Bismillah..
kuhayunkan langkahan kaki ini semula..
melalui jalan baru itu..
semoga destinasi yang baru
memberikan harapan buat ku..
agar aku sentiasa senyum selalu setibanya disana..
2 comments:
Btw ,if nak hadiah best+wang tunai Rm100. jemput join contest!
http://thisnotyours.blogspot.com/2011/06/wohoo-jom-join-contest.html
semoga dipermudahkan segala urusan anda..
Post a Comment