Bersyukur la...

ALLAH memberi kite matahari supaya kite bersyukur dengan Nya...
Kadangkala Dia berikan petir dan hujan untuk menguji kite...
Supaya kite tidak lupa yang Dia boleh memberi suasane terbit cahaya pelangi yang lagi indah...

keNaLi ku

My photo
atas tAnah, bawAh Langit, Malaysia
aku diberi nama ct nuur' ain bt ismail penyambung dari nama ibuku.. pagilan ku... ct boleh, nuur boleh.... ain pon boleh... klu rajin pangil la nama panjang coz lebih afdal kerna nama itu dikatakan satu doa..sekali padang aku dikaterkan sombong... kerna kamu tidak mengenali aku.... tp aku bukan sebegitu cuma ada sedikit malu..^_^ jadi jika kamu nak tau siapa aku bekawan dahulu dengan ku... mungkin selepas itu kau akan tau yang aku adalah seorang yang bagaimana.... tp sahabat2 ku menganggap aku yang sebegini rupa... simple..blur..poyo..riang.. dan aku hanya meluahkan apa2 yang aku rasa mengikut kehendak ku..

Saturday, February 5, 2011

cerpen ku

p/s nie story aku wat dah lamer.... maser kemas folder tetibe jumpe... klu bahasa x lawa or ayat tak betol coz gune bahase pasar n x sempat nak edit... hope klu korg bace leh paham la...

Cinta pudar

Dari seberang jalan aku melihat keadaan rumah banglo itu kalang-kabut dan riuh-rendah. Kedengaran jeritan ditingkat atas “ sayang!!! habis la semua persiapan kawin kita, baju pengantin I dah koyak-rabak. Dah lah majlis lagi tiga minggu”. Keadaan bawah rumah kelihatan seperti tongkang pecah “ Siapalah yang merompak rumah kamu ini, habis barang-barang hancur semuanya” kedengaran suara merisaukan dari seseorang perempuan yang lanjut usia. Emy mendekati aku lantas megajak aku masuk kedalam kereta wajarnya. Aku menurutinya kedalam kereta, sebelum berlalu aku melihat seseorang anak muda keluar dari rumah itu, kelihatan mukanya kesal dengan keadaan yang terjadi dirumahnya. Apa tidaknya baru satu hari ditingalkan kosong rumah itu, sudah macam-macam yang terjadi dirumahnya. Mula dari ruang depan kebelakang termasuk tinggak atas semuanya musnah. Apabila kereta waja Emy bergerak ada riak senyuman puas diwajahku sambil mengenakan cermin mata hitam.

Pagi ini seperti biasa aku ke kelas seorang diri, sejak aku tidak menerima tempat tinggal didalam asrama, aku pergi kekelas seorang diri menaiki motor skuterku. Aku lebih suka berseorangan. Aku tidak kesah dengan pandangan orang terhadapku. Asalkan hidup aku senang. Itu lah rutin harianku, sekiranya diajak kesana sini oleh rakan-rakan kelasku, aku lebih suka menolah dengan elok. Bermacam-macam alasan yang aku keluarkan apabila mereka mengajak aku. Bukan apa, hidupku sedari kecil telah diajar supaya tinggal di rumah jadi aku lebih suka begitu. Jikalau aku ke tempat-tempat yang terbuka dan ramai orang aku mula jadi sesak dan tidak selesa. Sehinggakan sesetengah kawan-kawan ku mengelarkan aku si nerd. Maklumlah kalau nampak sahaja budak pakai cermin mata dan tak bergaul dengan orang lain panggilan itu lah yang biasa terlintas di mulut-mulut mereka. Ditambah lagi kaki suka membaca lagi lah sah panggilan itu akan diberikan.

Seperti pagi-pagi biasa aku ke kelas dengan motor skuterku tetapi hari ini berbeza sedikit, sewaktu dipetengahan jalan aku menyedari fail assignment ku tertinggal jadi aku berpatah balik kerumah sewaku. Oleh kerana itu, aku kelewatan kerana masa telah berubah. Takut dengan kelewatan itu, aku mula menekan minyak motorku lebih sedikit dari hari-hari biasa. Apabila aku menghampiri simpang empat selekoh ke kolej ku tiba-tiba datang satu kereta sport dari arah kanan dengan lajunya. Oleh kerana aku juga menunggang dengan laju aku tidak sempat menekan brek motorku yang mampuku buat hanya mengelak dari terlanggar kereta sport yang memasuki lorong jalanku akan tetapi aku tidak lah secekap mat rempit, motor sekuterku terbabas ke sebelah jalan lantas aku terjatuh. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku merunggut-rungut degan keadaan yang berlaku.

“Walaupun bahagian lain tidak cedera tetapi kaki saudari patah jadi kami perlu menjalankan rawatan ke atas saudari, saudari perlu tinggal di hospital buat masa sekarang. Jadi sila saudari mengisi borang ini. Saya berharap saudari dapat menelefon keluarga saudari supaya mereka tahu keadaan saudari ini” doktor yang ayu didepanku ini menghulurkan sehelai borang kepadaku. Lantas dia menyambung katanya “ Nanti setelah siap semua, jururawat saya akan membawa saudari ke wad sebelum saudari menerima rawatan selanjutnya. Saudara sahabat saudari ya?, saudara boleh ikut jururawat hantar sahabat saudara kewad. Lebih senang lagi kalau saudara tolong sahabat saudara menghubungi keluarganya.” Doktor itu bercakap kepada lelaki yang berdiri dihujung katil rawatanku itu, dan dia hanya mengangguk seperti anak kecil yang menerima perintah.

Minggu lepas setelah aku menerima pembedahan kerana kakiku patah aku seperti telah biasa menetap di katil putih berkongsi bilik dengan enam orang pesakit yang lain. Setiap minggu dari aku masuk kewad ada sahaja orang yang datang menjeguk aku disini. Pada aku, ku rasakan seperti mereka tidak penting tetapi rupanya silap. Seperti kata orang, rakyat Melaysia semuanya perihatin dan baik hati. Bila melihat kawan-kawan kolej ku datang menjeguk aku baru aku sedari semua itu betul belaka. Mereka semua mengambil berat tentang diriku. Aku sangat berterima kasih kerana diberikan anugerah ini. Tidak terkecuali lelaki itu, telah 3 minggu aku disini dalam setiap hari dia akan datang menjeguk aku. Walaupun hampir 3 minggu aku kenal dia tetapi aku belum rajin hendak berbual dengan dia seperti mana aku berbual dengan kawan-kawanku. Aku tahu dia hadir atas tanggungjawabnya kerana keadaan aku ini. Jika tidak, tidak mungkin dia sudi hadir. Kalau suka-suka buang masanya sahaja. Lebih baik dia keluar jalan-jalan dari melihat aku disini.

Aku terjaga dari lenaku, dia duduk dibangku sebelah katilku sambil tersenyum lantas dia menghulurkan bakul buah kepada ku. Sudah kubilang jika dia datang menjeguk aku, tidak perlu setiap kali dibawa buah tangan. Penuh meja rakku dengan buah tangannya saja sampai kadang-kala aku berikan kepada jiran katilku tidak pun, jika kembarku Emy datang menjeguk aku bagi pihak keluaraga, pasti kusuruh dia membawa balik bakul-bakul buah tangan itu. Hari ini aku rasakan aku yang banyak bercakap. Mungkin aku sudah biasa dengan dia. Lagipun, aku sudah hendak keluar wad. Kukatakan padanya hujung minggu ini aku boleh keluar wad. Jadi tanggungjawabnya sudah habis, tidak perlu dirisaukan lagi. Aku ucapkan terima kasih atas jagaannya selama aku didalam wad. Dia memandang aku dengan satu pandangan yang amat berbeza hari ini. Aku dapat merasakan sesuatu dengan pandangan itu.

Pin!!! “Ema!!, boyfriend kau dah sampai..” jeritan dari tingkat bawah memanggil aku, dengan kalang-kabut aku belari kebawah. “ Eh, berape kali akak nak kata, panggil akak. Aku ini kakak kau tau, jangan panggil nama. Aku bukan kawan-kawan kau, pun bukan adik kau.” Sambil memakai kasut aku membebel kepada Emy yang duduk megunyah makanan ringan sambil menonton tv. Dengan selamba dia menjawab” Ala.. mana kau tau kau kakak, entah-entah aku yang kakak kau tau. Lagi pun yang nampak matang aku bukan kau.” Tidak mahu mengalah, sebelum keluar pintu aku menoleh dia sambil berkata yang membuatkan dia selalu terdiam dengan jawapan itu “ memang aku kakak kau, ibu cakap aku keluar 5 minit awal dari kau. Itu kenyataan, kau kena terima”. Sambil tersenyum aku melangkah ke arah kereta sport yang berada diluar pagar itu.

Hampir setahun setengah aku berpasangan dengan dia. Sejak jumpa dengan Riz aku mula berubah sedikit demi sedikit. Aku mula rapat dengan kawan-kawan kolej ku. Aku mula ambil tau keadaan sekeliling aku dan yang pasti aku sentiasa mengambil tau keadaan dia. Seperti pasangan bercinta yang lain, telefon bimbit itu pasti tak renggang dari aku. Aku juga dah biasa keluar mengenali alam luar macam Emy. Tetapi aku ada prinsip, sebelum mangrib aku mesti pulang kerumah seperti mana burung bila sudah senja tahu pulang kesarang. Aku tidak suka menghilangkan kepercayaan ibu dan abah terhadap diriku. Mereka telah memberikan kepercayaan kepada aku jadi aku perlu menjaganya. Selalu juga Riz memperlawaku keluar dimalam hari tetapi aku menolak dengan baik. Kukatakan tetang prinsip aku ini. Pada mulanya, dia ada merungut juga tetapi apabila sudah lama, tidak lagi diungkitnya kerana jawapanku tetap sama.

Besok sudah bermula minggu peperiksaan akhir aku. Tidak sabar aku untuk habis peperiksa. Aku telah belajar bersungguh-sungguh untuk buat yang terbaik bagi semesta akhir aku di kolej. Aku dah Riz sudah berjanji akan buat yang terbaik. Riz akan membuat perbentangan projeknya untuk suatu musyuarat di pejabatnya. Sekiranya dia lulus dengan projek itu, dengan mudah dia senang untuk dinaikan pangkat. Jadi bila kami sama-sama berjaya dia akan masuk merisik aku. Itu janjinya yang aku ingin dia laksanakan. Jadi aku perlu berusaha. Malam ini aku keluar dengan Emy ke pasaraya, igin membuat persiapan untuk esok. Pada mulanya kami merancang untuk keluar di siang hari. Oleh kerana nenek sakit, kami menziarahinya jadi perancangan kami mertukar ke malam. Kalau tidak malam ini mesti aku sudah rehat-rehat untuk tenangkan otak yang lama sudah kugunakan untuk mengisi maklumat yang ada. Lepas kami membeli barang yang patut aku menunggu Emy mengambil keretanya di tempat letak kereta. Sedang mataku melilau melihat keadaan sekeliling aku melihat seseorang yang kukenali dihujung simpang jalan depan sebuah restoran makan. Pasangan itu mesra sekali, otak ku kupaksa untuk menidakkan dengan apa yang telah kulihat. Tapi kepastian itu terserlah dengan kata-kata Emy ketika kereta kami melintasi pasangan itu “ akak, itu bukan abang Riz ker? Mesranya dia dengan perempuan gedik itu. Siap peluk-peluk lagi.” Sambil menoleh kesebelah untuk mendengar kepastian dari mulutku. Tetapi apa yang pasti hanya linangan air mata jawapan yang ku berikan sambil tanganku menekup mulutku sendiri. Lantas kereta yang dibawa Emy dibrek dengan mengejut. Lalu dia bekata “ Ema jangan menangis biar aku serang diaorang berani dia memainkan kembar aku, dia tak tau siapa Emy lagi”. Dengan suara lantang Emy kulihat sudah mula mengamuk. Aku hanya menarik tangan Emy untuk tidak berbuat apa yang dihajatnya. Kukatakan lebih baik kami beredar pulang ke rumah.

Sudah sebulan aku berkelakuan sebegitu, mendengar berita dari kawan –kawannya aku agak terkejut dengan kejadian itu. Sudah bermacam-macam cara rasanya keluargaku ingin memulihkan aku. Tetapi semuanya tidak berhasil. Kulihat Emy berdiri di muka pintu bilik ku memegang dulang makananku. Seperti biasa sejak aku bekelakuan begitu, itu la rutin hariannya bila tiba waktu makan. Dia mula meletakkan dulang makanan kami di atas meja belajar ku. Sambil mengajak aku makan bersama. Aku melangkah berat ke meja, kami makan bersama walaupun makanan tersebut adalah makanan kesukaan ku, aku tidak berselera tidak seperti Emy. Baru 2 suap kukatakan aku sudah kenyang. Emy mengeluh lalu berkata “ dah sebulan dah.. kau tetap macam ini, kau tak kesian kan ibu dengan abah tengok kau macam ini. Kau kan anak baik diorang, jangan buat macam ini. Dia dah nak kawin dah bulan depan. Kalau dia betul-betul sayang kau, taknya dia kena tangkap basah dengan perempuan tu..” dia berkata tegas kali ini di depanku, tidak lagi seperti sebelum-sebelum ini. Lantas air mataku menitis dengan lajunya. “ aku dah cuba Emy. Bukan aku tak cuba. Tapi setiap kali aku cuba igatan kepada dia makin mendalam. Tolong aku, tolong aku untuk lupakan dia. Walaupun dengan apa cara sekalipun”. Dengan suara tersekat-sekat aku akhirnya meluahkan apa yang aku pendamkan selama ini. Emy memeluk erat kepalaku lantas dia bekata “ kau adalah kembarku, aku taknak lihat kau macam ini, aku nak kau yang dulu, yang membebel menasihatkan aku, yang rajin, yang ceria. Dengan apa cara sekali pun aku akan tolong. Kerana dia kau telah kehilangan cinta dan kecemerlangan.” Aku tidak hirau lagi dengan bunyi suara dendam yang keluar dari bibir Emy.

Kami sampai di ruang legar airport. Kelihatan seluruh keluargaku berkumpul di hujung bangku yang berderet-deret, menunggu kami berdua. Boboy melambai- lambai. Kami menuju kearah mereka. “Ema, Emy kamu kemana?, dah anausemen suruh masuk kapal terbang tahu!.” Ibu mula membebel. Semua yang ada bersalaman dengan kami. Semuanya menasihatkan kami sebelum kami bertolak. Disuruh menjaga itu dan ini, terutamanya diri. Aku mula sedih apabila melihat bayang lambaian mereka bila aku masuk kepintu kaca yang akan memisahkan kami. Didalam kapal terbang kami mengambil tempat duduk masing-masing. Setelah apa yang disuruh oleh peramugari, semua penumpang-penumpang mengambil tidakan yang sama, tali pinggang keselamatan dikenakan oleh setiap penumpang. Setelah selesa dengan kedudukanku, Emy mula bertanya yang membuatkan aku tersenyum “ Puas tak? Lega tak? Lepas ini kita mula hidup yang baru, jadikan itu pengalaman sebab itu cinta pertama kau. Anggap apa yang kita buat hari ini tindakan bodoh kita. Tapi lepas ini kalau kau merana jangan buat macam ini lagi kena tangkap dik polis naas kita.” Lalu aku tersengih sahaja di sebelah. Kubalas kata-kata Emi membuatkan dia membulatkan mata “ Ala kalau kena tangkap akak cakap la Emy punya idea polis mesti tangkap Emy sebab akak kan nampak baik, sopan. Heheheh…”. aku mula gelak-gelak kecil. Emy tersenyum melihat keadaan ku yang telah kembali pulih. Dalam hatiku kudoakan semoga si dia berbahagia dengan jodohnya Cuma tindakan yang aku buat dirumahnya itu sebagai pengajaran untuk dia igat perempuat diam-diam ada juga ganasnya. Aku pasti sekarang dia sudah mengetahui apa yang terjadi dirumahnya adalah kerja aku. Pasti dia menjumpai kotak baldu merah yang diberikan kepadaku satu masa dulu telah aku letakkan di meja belajarnya. Didalamnya kutinggalkan nota yang tertulis “cinta pudar – terima kasih atas segalanya.” Dan aku harap kau maafkan aku..

No comments: