Bersyukur la...

ALLAH memberi kite matahari supaya kite bersyukur dengan Nya...
Kadangkala Dia berikan petir dan hujan untuk menguji kite...
Supaya kite tidak lupa yang Dia boleh memberi suasane terbit cahaya pelangi yang lagi indah...

keNaLi ku

My photo
atas tAnah, bawAh Langit, Malaysia
aku diberi nama ct nuur' ain bt ismail penyambung dari nama ibuku.. pagilan ku... ct boleh, nuur boleh.... ain pon boleh... klu rajin pangil la nama panjang coz lebih afdal kerna nama itu dikatakan satu doa..sekali padang aku dikaterkan sombong... kerna kamu tidak mengenali aku.... tp aku bukan sebegitu cuma ada sedikit malu..^_^ jadi jika kamu nak tau siapa aku bekawan dahulu dengan ku... mungkin selepas itu kau akan tau yang aku adalah seorang yang bagaimana.... tp sahabat2 ku menganggap aku yang sebegini rupa... simple..blur..poyo..riang.. dan aku hanya meluahkan apa2 yang aku rasa mengikut kehendak ku..

Sunday, February 6, 2011

cerpen ku 2

p/s ni pon x sempat nak edit... sori..


AKU, SHAH DAN SYUK…..

“Bush! Ah!, dasar perempuan tidak sedar diri, cerminlah sikit muka kau itu. Sudahlah tidak lawa ada hati nak rampas dia dari aku. Ini baru sedikit sahaja, kalau aku tahu kau kacau dia lagi, tergedik-gedik dekat dengan dia, lebih dari ini aku boleh buat dekat kau tau.” Gadis ini menujukkan jari kepada aku tanda amaran sambil tangan kanannya yang memegang gelas yang telah kosong disimbahkan airnya kemuka itu, dihentakkan ke meja. Aku yang terkejut hanya mampu berdiri tegak dengan mata terkebil-kebil melihat gadis dihadapanku itu tanpa berkata apa-apa. Aku terus kaku disitu setelah apa yang dilakukanya terhadapku. Setelah puas hatinya, dia berlalu meninggalkan aku dengan 1001 tanda tanya. Apakah salah aku sebenarnya?

Dengan keadaan aku sebegitu rupa, lebih baik aku blah dari cafeteria ini sebelum maluku bertamah-tambah. Nasib aku baik kerana pada waktu-waktu sebegini tidak ramai siswa dan siswi di sini jikalau tengah hari belum mendatang. Kebanyakannya masih dalam alam mimpi di hostel tidak pun mereka memerah otak di dalam kelas masing-masing. Aku sempat meneliti keadaan cafeteria sebelum meninggalkannya, tiada muka –muka yang ku kenal dan yang mengenaliku jika tidak pasti heboh sekampung. Walaupun aku ketahui masih ada mata-mata yang memandang dan membuat pandangan tersendiri tentang kejadian tadi. Sambil aku berjalan aku mengibas-gibas tudung dan bajuku yang lencun dengan air sirap yang disimbahkan kepada ku. Sesungguhnya ini adalah pengalaman pertama ku yang paling teruk. Seingat aku, aku tidak mengenali mana-mana keturunan adam yang bernama lelaki dengan rapat. Semuanya sekadar kawan biasa bagi aku. Malahan kawan lelaki sekelas dengan aku juga belum semua kuhafal nama mereka. Ini kan pula nak bercouple dengan lelaki dan merampas lelaki dari gadis tadi. Ah!! Aku mula pening memikirkannya.

Kulihat bajuku betul-betul basah hanya dengan segelas sirap, langkahku terhenti bila ada seseorang menghalang laluan ku, lantasku dongakkan kepala menghadap hadapan. Mataku terkebil-kebil melihat si dia yang berdiri dihadapanku sambil menghulurkan saputangannya kepadaku. Lantas dia berkata “ awak ni cool la, awak ok tak?” aku terdiam sejenak sebelum menjawab “ saya tidak ada apa-apa la, Cuma basah sedikit sahaja.” Aku rasakan ada getaran pada jawapanku itu sambil memikirkan kata-kata yang ditujukan pada aku. Cool? Biar betul dia ini, dia tidak tahu apa yang kurasakan sebenarnya, macam orang nak mati pun ada. “ ambil la” dia tetap menghulurkan saputangannya kepada aku. Takut ada mata lain yang memandang kami, aku mengambilnya dengan teragak-agak dari tangannya.lantas dia tersenyum dengan tidakan aku itu “ Jom lah” katanya kepadaku. Lalu kujawab dengan tiba-tiba “ hendak ke mana?” dengan selamba dia berkata “ hantar awak balik hostel la. Takkan awak nak balik dengan keadaan begitu, nanti apa pulak kata orang yang tengok. Jangan cakap yang awak nak pergi kelas dengan keadaan begitu.” Lalu dia berjalan ke parking. Aku masih kaku mendengar kata-katanya. Lantas dia menoleh kembali kearah aku sambil melaung “ cepat lah apa lagi tercegat macam tiang lampu tu.” Lantas aku terkedek-kedek berlari anak kearahnya dengan berkata “ jangan jerit-jerit nanti orang tengok la.” “ kenapa takut ke?. Kan best boleh famous.” Dia tersenyum kepada ku. Dengan muka bengang aku memandangnya sambil berjalan seiringan. Hendak peril aku la tu.

“ terima kasih” kuucapkan kepadanaya setelah aku turun dari motor sekuternya. Lalu aku berlalu dengan cepat tanpa mendengar apa yang ingin diperkatakannya. Lantas kudengar laugan yang sememangnya ditujukan buat aku “ sama-sama, nama saya Syah!, jumpa lagi tau.” Langkah ku terhenti dan kepala kutolehkan kepadanya, dia tersenyum sambil tangannya melambai-lambai kepadaku. Melihat senyuman itu aku menjadi geram. Kemudia aku meninggalkan dia tanpa berkata apa-apa pun. Setelah selesai tugasan assigement ku, aku mula bermalas-malasan di atas katil sambil memikirkan kejadian siang tadi dengan si ‘gadis cun’ yang menyerang aku dan diselamatkan oleh budak ‘Syah’ itu. Ah!!!.. Syah, senyumannya itu memberi maksud yang tersirat. Aku tahu apa yang dipikirkannya. Mestilah dia maksudkan dengan kejadian menghantarku. Bila dipikirkan aku merasa malu yang teramat sangat. Kenapalah aku boleh bertekak dengan dia sebab pekara itu sahaja. “Nah!” huluran helmat tidak aku sambut. “ Eh, naik sekuter ke?” “ dah tu takkan nak naik kereta pakai helmat pulak.” Aku pandang skuter bergrafik kartun Naruto dihadapan ku itu. Melihat kelakuan ku begitu rupa dia berkata “ kenapa? Tak sudi kalau bukan kereta.” Lantas kujawab “ bukan la, saya pakai macam ini takkan nak naik motor.” Kutunjukkan jariku kearah baju kebaya yang aku sarung pagi ini. Dia tersenyum “ apa salahnya, awak boleh duduk mengiringkan” aku memberi alasan lagi untuk mengelak menaiki motor bersamanya “ lagi pun saya sudah lama tidak naik motor, rasa takut la pulak” aku teringat sejak kejadian aku terbabas dikampung dulu, aku terus anti menaiki motor. Dia kemudiannya menjawab dengan selamber “ ala kalau awak takut kan saya ada.” Senyumannya meleret kearah ku. Ai dia ini lain macam sahaja bunyinya. Kemudian dia menyambung lagi “ kalau awak rasa nak jatuh, awak peluk la saya.” Dia sahaja nak mengenakan aku.

Atas pergaduhan kecil tadi aku tidak pedulikan dia. Walaupun aku tahu kata-katanya berbunyi gurawan. Apa tidaknya dia igat aku sebarang perempuan. Kutinggalkan dia dengan lakahan yang laju . Siapa suruh dia memperkecilkan aku dan mengejekku kerana aku katakana aku tidak pernah couple. Ah! Geram, jika igin menolong jangan lah cakap yang bukan-bukan. Langkahanku semaki laju dengan kasut tumit 1 inci ini. Kata-katanya tergiang-giang di telingaku lagi “ biar betul awak ni, umur macam ni tak pernah couple. Keciannya…” tiba-tiba aku berhenti, geramnya sambil menghentakkan kaki kanan ku. Kudengar bunyi deruan motor sayup-sayup dan ada laugan. kutoleh kejalan, dia nampaknya, aku mula ini menyambung langkahan tetapi kaki kanan ku tersekat. Alahai., waktu-waktu begini pula dia tersekat. Kutarik kakiku untuk bergerak tetapi tumit kasut ku tersangkut dilubang besi. Si dia pula sudah berhenti di sebelahku. Aku berdiri tegak memandang kehadapan tanpa menoleh dia yang berada disebelah. Dia turun dari motor skuternya sambil berkata “ awak sory la, maaf la kalau awak terasa dengan kata-kata saya tadi.” Dia mula berdiri dihadapanku. Kutolehkan kepalaku ketepi pula mengadap motor sekuternya di sebelah. Aku tidak kuasa igin mendengar kata-katanya. “ maaf, maaf” kedengaran lagi ucapan maaf itu dari mulutnya. Malas untuk melayan aku lupa pasal kasut ku yang tersekat itu, lalu aku melangkah ingin meninggalkan dia. Tanpa aku sedari kasutku tertinggal dan aku hampir tersungkur tapi sempat diselamatkan oleh dia. Cepat-cepat aku meleraikan pegangannya setelah menyedari dia memaut aku supaya tidak tersungkur. Ah! Malunya. Lalu dia berkata “ awak taka apa-apa ker? Ok tak?” tidak aku memandangnya. Dia melihat kasutku yang tertinggal lalu berkata “ kasut awak tersekat ini, biar saya tolong”. Kutoleh kearahnya yang cuba menarik kasut ku dari lubang itu. Dia membelakangi aku menarik kasut ku itu, gayanya seperti agak sukar untuk menarik kasut ku keluar.tiba-tiba dia bersuara “ ah, dapat pun” tetapi dia tidak terus memandangku. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya kepadaku sambil menunjukkan tangannya yang memegang kasutku. Mataku bulat melihat kasut itu. “ah!!” jeritan kecil terkeluar dari mulutku. Cepat-cepat aku mengambil kasutku dari tangannya kupegang tumit dan kasut telah terpisah. Apa nasib aku hari ini. “ sory” itulah kata yang terluah dari mulutnya sambil memandangku dengan wajah yang kesal. Aku hanya mengeluh apabila dia buat ‘muka satu sen’ dihadapan ku. Lalu dengan cepat dia berkata “ kasut awak dah patah, susah awak hendak berjalan balik hostel, jauh tu. Dengan baju basah lagi. Saya hantarkan awak eh?” kini dia mula memancing aku dengan kata-katanya. Tapi ada riak keiklasan pada wajahnya. Melihat jalan dihadapan , aku mula memikirkan kata-katanya yang sememangnya betul belaka. Nampaknya aku terpaksa mengalah dengan ‘si dia’ ini.

Mana Fiza ini, dia cakap hendak ke toilet sekejap sahaja dah dekat 20 minit ini. Apasal lama sangat. Sambil menyelak-nyelak helaian buku dihadapanku, aku mula meninjau-ninjau pandangan ku kearah sekeliling. Kelibat Fiza tidak kelihatan, di rak-rak buku juga tidak kelihatan, takut pula dia telah keluar dari toilet cuma aku tidak perasan. Sememangnya kelibat dia tidak ada lagi. Mata ku menyinggah kearah seseorang lelaki yang duduk di hujumg meja sana. Kelihatan dia memandang aku, aku mula kaget. Cepat-cepat kularikan padangan ku kearah bukuku kembali. Aku buat-buat menyelak buku yang ku pegang tadi, kononnya seperti hendak membaca kembali. Tetapi otakku memikirkan sesuatu, dia dihujung sana. Kurasakan seperti kenal lelaki itu, pandangan matanya. Aku kenal kurasakan. Aku pasti dengan keadaan ini. Walaupun aku tidak tahu namanya tapi aku tahu dia salah satu orang penting dalam kolej ini. Mana tidaknya, dia kan…. “ oi!” aku terkejut disergah begitu rupa, kulihat Fiza telah bediri dihadapan ku. Dia mendekatkan mukanya kearah aku sambil berkata “ kau ingat siapa hah?, aku panggil tak dilayan, kau sudah sampai mana?” dia berkata dengan suara yang rendah agar tidak mengangu ‘studen’ lain yang berada disekeliling kami. “ mana ada aku tengah kusyuk baca ni, best tu.” Lantas dia menegakkan badannya sambil merampas buku dari tangan ku. Dia menunjukkan buku yang bertajuk ‘Business Computing’ lalu tersenyum lebar kearahku. Aku melihat tanpa berkata apa-apa, kantaoi. Dia duduk dan meletakkan buku itu dihadapan ku sambil berkata “ kalau buku ini aku percaya la” dia menunjukkan novel yang berada disebelah kanan meja. “ ini computing kau kata best. Setahu aku kau nak baca pun menyampahkan”. Sememangnya aku sendiri tahu, kami ke libery ini pun hendak mencari maklumat tentang assignment computing ini. Jika tidak jangan harap la aku hendak membacanya. Lantas aku bersuara “ kenapa lama sangat kau ambil masa pergi toilet hah?, penat aku tunggu. Nak balik ini, sudah lah belum solat Zuhur lagi. Dah lambat ni tahu?.” Lalu aku bangun menyusun buku dihadapanku. Fiza senyum sambil berdiri “ Ala, nak tukar topic lah tu. Takper-takper, tengok la nanti. Aku jumpa member aku la tadi. Masa kat toilet, tak sangka dia masuk kolej ini juga. Dah berubah habis dia tu.” Lalu dia berjalan meninggalkan aku untuk keluar. Kami berjalan melintasi meja itu, kulihat lelaki itu masih memandang aku. Ah! Mungkin hanya firasat aku sahaja, nak sedapkan hati katakan.

Lepas solat Asar aku kemas meja nak makan, sudah lama perut ku medendangkan lagu. Bermacam- macam lagu kurasakan. Lapar sangat, tengah hari tadi ada kelas ganti tidak sempat untuk makan. Mana perginya ‘makcik’ ni, kata hendak datang kebilik aku makan bersama. Dia sembayang atau pun tidur dah. Fiza yang kadang-kala aku gelarnya dengan panggilan ‘makcik’ itu, kalau masuk bilik sahaja pasti katil dulu dicarinya, bukan boleh percaya. Ada masa 5 minit pun sempat lelap juga. Baru sahaja aku duduk mengadap makanan ku sambil membaca doa makan. Pintu bilik ku dikuak lantas Fiza terjonggol dihadapan pintu dengan nasi bungkusnya ditangan. Sambil senyum memandangku dia bersuara “ kau makan tak tunggu aku pun” dia duduk dihadapanku tanpa dipelawa yang kerusinya telah tersedia. Lantas tangannya menarik cawan yang berada di hujung meja “ kau masuk kalau tak bagi salam dulu tak boleh ke?” kupandangnya dengan mata yang bulat. Dia tersengih sambil menuang air dari botol kecawan itu. “ alahai, jagan la marak cik kak sayang, Assalammualaikum… bukan apa aku takut kau tak jawab salam aku sahaja sebab menung jauh sangat ingat siapa tah yang jauh nun disana. Karang dosa pulak tak jawab salam aku ni. Aku bukan apa taknak kau tanggung dosa, dah la dosa yang sedia ada tak tertanggung” selamba sahaja jawapannya, kemudia dia mengangkat tangan membaca doa makan dan terus mengadap makanannya. Aku tersenyum melihat kawan ku yang seorang ini. Dialah yang paling rapat dengan aku disini sejak aku menjejaki kaki ke kolej ini. Walaupun dia banyak cakap dan kadang kala seperti kasar tapi aku tahu hatinya begitu baik. Dengan katanya sebentar tadi aku teringatkan lelaki itu. Ya, aku rasa aku kenal dengan dia. Tapi tidak pasti dimana. “ Dah!” aku tersedar. “ kan aku dah cakap, kau tengok tu. Tangan kat nasi, mulut tergangga, mata pandang depan. Sah-sah, kau ni dah kena penyakit angau tau.” Dengan pantas kujawab “ mana ada aku makan la ni” sambil menyuapkan nasi kedalam mulut untuk mengelakkan tindakan aku yang telah tertangkap oleh dia. ‘makcik ni sememangnya nak kenakan aku sahaja.

Tadi Fiza dapat ‘call’ dari member dia. Katanya nak berjumpa ada hal sedikit. Mungkin rindu agaknya. Macam aku, rindukan member-member sekolahku juga. Kalau teringatkan alam persekolahan, oh indahnya..” senyum sorang-sorang nampak?” aku dikejutkan dengan satu suara.lantas aku menoleh kepada empunya diri yang menegurku. Hatiku berdetik, mengacau betul la. Baru sahaja nak ambil fill sikit. Aku terkebil-kebil melihat empunya diri dihadapan ku kini, melihat kelakuan ku seperti itu, si dia memberi salam dan aku menjawab salamnya dengan teragak-agak. “ awak ini Asyikin bt Asraf kan?” dengan ibu jari menunjuk kearah aku untuk mendapatkan kepastian. Lantas aku berdiri dari kerusi yang kududuk tadi dan menganggukkan kepala “ ya. saya Asyikin, ada apa-apa yang boleh saya bantu saudara? Ah..” soalan aku terhenti lalu dia menyambung seperti tahu-tahu sahaja apa yang ingin ku katakana “ Saya Syuk, Syukrizal bt syafikmuzafar. Boleh panggil Syuk, student akaun”.lantas dia menyambung “ boleh saya ganggu awak sekejap? Boleh saya duduk? Ada hal sikit nak saya bincangkan”. Sambil melihat kerusi kosong dihadapanku itu. “ duduk la, lagi pun bukan hak saya. Tak ada nama saya pun.” Lalu aku duduk kembali, dia tersenyum memandang aku. Bagi meghilangkan gusar didadaku aku mula bertanya “ kenapa awak cari saya? Awak kenal saya? Ada apa-apa yang telah saya buat?” kulihat dia seperti ada sesuatu ingin diluahkan tetapi hanya huluran buku nota kecil yang sangat aku kenali diberikan kepadaku. Aku memandangnya meminta kepastian.

Aku meletakan buku Managerial Akaun dan Business Statistics di atas meja stady ku. Terlalu penat membawa buku teks yang berat ini. Tetapi apa daya, hendak belajar punya pasal, kenalah terima keadaan ini. Rutin harianku lepas balik kelas, seperti biasa baju didalam baldi semestinya kucuci, risau aku kalau baldi baju kotorku penuh. Kemudia aku membersihkan diri dan bilik. Selesai solat aku mula mengemas-meja stady ku. Aku susun buku-buku nanti malam hendak buat kerja senang. Tengah aku menyusun, aku terpandang buku nota kecil di atas rak buku. Buku itu mengigatkan aku kepada perjumpaan aku dengan si dia minggu lepas. Rupa-rupanya, kejadian yang menimpa aku sebulan lepas berkaitan dengan si dia. Dia memohon maaf dari ku kerana sikap kawan nya itu. Kawannya? Betulkah? Malas pula aku mengambil pusing. Daripada penerangan dia, mereka telah berkawan sejak dibangku sekolah. Keluarga masing-masing mengenali anatara satu sama lain. Dia telah menganggap perempuan itu sebagai kawan tapi lain pula anggapan dari pihak perempuan. Tapi aku tidak kisah dengan penerangannya itu Cuma aku terkejut kerana kata-katanya yang membuat aku berfikir panjang mengigatkan kejadian itu. Padan la aku seperti mengenali pandangan itu. “ awak mesti lupa kejadian itu, tapi saya tidak lupa dan oleh kerana kejadian itu dilihat oleh mereka yang suka membawa cerita, awak disalah anggap sehingga diserang oleh Mimi sampai begitu sekali.” Aku menoleh kepadanya kembali meminta penerangan yang lebih jelas. Kemudian dia menyambung kembali ceritanya “ sebelum awak diserang dengan Mimi, kita pernah exciden. Waktu tu mungkin awak dah lambat nak pergi ke kelas. Awak lari dengan bawa buku dan fai-fail, depan tangga awak hampir tersungkur.tapi awak terselamat sebab saya ada masa tu. Awak terus kutip barang awak yang terjatuh dan terus berlari semula. Cuma buku nota awak ini sahaja yang awak tertinggal.” Aku masih memikirkan kejadian yang dinyatakan itu.

Baru tadi aku teringat pasal exciden itu. Aku ingat malam itu, aku siapkan power point untuk pebentangan kelas menegement, tinggal part aku sahaja. Nasib tak baik malam tu, block aku kena ‘black out’ pulak. Aku tak save kerja aku tu dan leptop aku pula tak pakai battery, habis semua yang aku buat hilang begitu sahaja. Jadi aku menaip balik semula gamatnya. Aku tidur pukul 6.30 pagi lepas solat subuh.aku terjaga bila ‘henfon’ ku menerima panggilan dari Fiza. Katanya, dia tidak melihat aku di kelas jadi dia call aku. Dia dah biasa dengan perangai aku pergi ke kelas awal setengah jam. Jadi pelik la jika muka ku tidak kelihatan.jam, henfon yang ku kunci tidak mengejutkan aku. Jadi kalang-kabutnya aku bila terjaga, nasib baik sebelum tidur subuh tu aku telah mandi sekali. Siap sahaja aku lintang pukang ke kelas. Tanganku penuh dengan buku dan fail sampai aku lupa pada pendrive yang berada di kad matrikku tidak ku pakai di leher seperti hari-hari biasa. Aku tersedar bila pakgurt membuat sportcek di pintu pagar hostel. Aku balik semula kebilik mengambil kad metrikku itu membuatkan aku lagi lambat. Kelas Puan Yusni kalau dah lambat 10 minit dia akan kunci. Oleh kerana ketakutan tidak dapat masuk kekelasnya untuk pebentangan, aku berlari walaupun dengan kasut satu inci ini. Sampai fakulti aku tetap belari, tanpa aku sedari aku melintas tangga yang baru sahaja di mop lantainya. Hampir tersungkur aku, ku rasakan badanku jatuh seperti nangka busuk tapi bila kulihat lantai badanku seprti tergantung hanya barang-barangku dan cermin mataku sahaja yang terjatuh kelantai lalu kutolehkan kepala. Terkejutnya aku dengan jarak yang hanya sejengkal itu. Mata kami bertaut seketika, aku teringat sesuatu lantas kutolak pegangannya yang memaut aku lalu aku mengutip barang-barangku dan terus berlalu dengan berlari kecil kerana kurasakan kakiku terseliuh. Nasib baik aku sempat masuk kekelas kalau tidak hilang begitu sahaja 20 markah itu. Oleh kerana kekalutan aku lupa pasal ‘exciden’ di tengah perjalanan ku ke kelas. Aku tidak jelas dengan wajah lelaki itu kerana cermin mataku tertanggal tetapi pandangan mata itu cukup jelas menikam mataku. Padan la sewaktu dia menerangkan kejadian exciden hari itu. Seperti malu-malu, mukanya juga kulihat merah. Bila aku terigat kejadian itu aku juga berasa malu. Kurasa itu adala pertama kali aku bersentuhan dengan lelaki secara dekat pulak itu. Kalau ibu dan abah tahu, habis la aku.

Lepas solat magrib aku terus bersiap-siap mengemas diri. Fiza mengajak aku menemani dia keluar makan bersama kawannya itu. Kata dia kawannya ingin sambut hari lahir bersama-sama. Mulanya aku menolak pelawaan Fiza, kukatakan dia hanya mengajak Fiza kerana mereka kawan tetapi seboleh-bolehnya Fiza menyuruh aku mengikutnya. Malas hendak bertekak, aku bersetuju sahaja boleh juga makan free hari ini. Pelayan menghidangkan lauk terakhir, ikan masak sweet sawer itu diatas meja kami. Bulat mataku melihat apa yang dihidang, bayaganku cuma makan makanan bergoreng sahaja. Maklumla, sendert student makan. Setahu aku, kalau makan macam ini bila datang satu femily. Tekak ku menelan air liur, sudah lama aku tidak makan begini. Kulihat Fiza dan kawannya seronok berbual, mereka begitu mesra sekali. Dia menoleh kearahku, lalu kularikan padangan kearah makan yang telah terhidang supaya tidak tertangkap oleh dia. “ Jemput lah makan, jagan la malu-malu, tak payah segan-segan. Buat macam sendiri punya. Tidak sangka kita berjodohkan?” aku hanya senyum yang dibuat-buat pabila mendengar katanya itu. “ emm… tidak sangka pulak awak ini member Fiza, maaf la. Saya tak bawa hadiah untuk awak, Fiza ajak saya secara mengejut tadi.” “ ah.. takda apa-apa pun, saya tidak kesah dengan hadiah-hadiah ini. Cukuplah ada orang yang sudi meraikan hari lahir saya ini bersama.” Dia tersenyum sambil meletakkan lauk kangkung masak belacan kedalam pingganku. “ itu la… aku pun tidak tau kau dan Syah dah kenal dulu, kalau aku tau, keluar pergi memana jumpa Syah aku ajak sama.” Fiza menyambung sambil menghirup sup tomyam dalam magkuknya itu. Setelah selesai dia menghantar kami ke kolej sebelum terlewat. Sebelum aku keluar dari kereta satrianya, dia sempat mengucapkan terima kasih kerana sudi makan bersama serta menjadi sahabatnya.

Hari ini aku aku hanya berbaring dia atas katil, tunggu Fiza balik dari kelas membawa makanan tengah hari yang kupesan sebelum balik dari kelas. Aku tidak ke kelas hari ini, demam mengejut setelah diserang semalam. Itu adalah serangan kedua sejak 3 bulan yang lalu dengan orang yang sama. Bila dilihat dengan tindakan yang dibuat semalam, aku dapat membayangkan yang si gadis itu betul-betul ‘gila’ dengan si teruna yang dikaikan dengan aku. Bencinya. Kalau keluargaku tahu keadaan aku pastinya mereka mengamuk. Tapi kenapa aku dipersalahkan, kami hanya kebetulan sahaja berjumpa begitu. Ala, bukan selalu.. adalah dalam emmm tak dapat hendak dikira pulak kerana sejak kami kenal selalu juga aku berjumpa dan bertegur sapa. Lagikan pula, dia juga ahli kelab Usahawan. Takkan la orang tegur kita nak buat bodoh pulak. Nanti dikatakan sombong. Nasib baik si gadis itu menyerang aku di hostel. Kalau dekat kelas betul-betul malu aku. Itu pun dapat diselamatkan oleh Fiza kalau dia tidak datang teruk juga aku. Fiza balik, memberikan bungkusan nasik yang dikirim aku. Kemudian dia membuka beg dan menghulurkan bag plastic kepada ku “ Nah, sapu ubat ini kat dahi kau tu. Aku tengok lebam tu dah susut dari semalam, kau ok tak? Betul ke kau taknak buat aduan dekat HEP?” dia duduk disebelah aku sambil tudung di kepala ditanggalkan. “ tak nak la, takpayah di besar-besarkan masalah remeh ini. Nanti yang malu aku juga. Elok-elok keluarga aku tak tahu nanti semua tau.” Aku mula bangun dari katil menuju kemeja untuk makan. “ aku nak tanya sikit kat kau la. Semalam lagi aku nak tanya tapi kau dah macam tu jadi aku tahan la. Kau dengan boyfriend budak perempuan tu betul-betul couple ke?” aku terus berpaling memandang Fiza. Dia terus menyambung bila melihat tindakan au sebegitu rupa “ bukan apa, tegok kau sampai tersungkur siap kena ketuk dengan bekas helta air tu buat aku tertanya-tanya. Nasib baik tak ada air panas tau.” dia menarik kerusi dihadapan ku untuk menyertai aku makan bersama. Aku mengeluh memandang nasi didepan “ kau tau kan aku, dengan lelaki mana nak rapat. Aku kenal boyfriend dia pun gitu-gitu, ala cam kau tak pernah borak-borak dengan penolong MPP tu. Lagipun bukan apa-apa bagi aku, dia sendiri cakap dia gan budak perempuan tu kawan sejak sekolah, tak ada apa-apa hubungan.” Fiza mula mengunyah makanan sambil memikirkan dengan jawapan yang aku berikan.

Dua hari tidak hadir ke kelas seperti aku sudah mula femust la pulak. Semuanya bertanya apa yang terjadi dengan aku. Jawapanku sama, hanya senyuman yang dapat diberikan. Ketika keluar dari makmal computer, kelihatan dia menunggu aku di hujung tangga. Aku seperti sudah mengetahui apa yang ingin diperkatakan. Dia mengajak aku ke kefeteria untuk berbincang. Kukatakan aku ada hal yang perlu diuruskan jadi kami berborak dibangku di halaman taman mini tengah-tengah fakulti. Selesai perbincangan itu kami berpisah, kemudian aku ingin berlalu kulihat dihadapan bilik kuliah 2 berdiri Syah memandang aku. Dia kemudiannya melangkah menuju kearah aku. Aku menyambut kedatangannya dengan senyuman “ hai, lama tak jumpa kan? Dari mana? Ada kelas ke?” soalan ku tidak dihiraukan. Dia memandang aku dengan satu pandangan tajam. “ kenapa rapat lagi dengan dia? Buat apa tadi? Tak serik kena ketuk dengan helta ke?” suaranya sedikit marah. Sah berita aku diserang telah sampai ke pengetauhan dia. Mesti si Fiza yang menyebarkannya. Aku menjawab dengan tenang “ bukannya ada apa-apa pun, kawan takkan la tak boleh bercakap langsung? Ada hal la saya bercakap dengan dia”. Dia tidak puas dengan jawapan yang kuberikan nampaknya lalu dia berkata “ awak ni memang macam ini ke? Tak serik-serik, atau awak memang dah tergila-gilakan dia sampai sanggup kena serang. Dah biasa kan?” kedengaran nada suaranya berbunyi cemburu. Aku mula bengan dengan kata-katanya, lantas ku jawab “ kenapa dengan awak ini? Tak kan awak cemburu pulak. Bukannya ada apa-apa pun. Awak ingat saya suka sangat ke terhenggeh-hengeh dengan budak lelaki. Awak ingat saya ni suka diketuk-ketuk. Saya tahu la sapa saya ini. Tak payah awak igatkan.” Dengan muka yang bengang aku berlalu meninggalkan dia terpinga-pinga tanpa sempat dia berkata apa-apa pun.

Sudah masuk 3 hari aku dikira begaduh dengan Syah. Rasa sedikit kesal, aku menelefon tidak dijawab. Jika bagi mesej langsung tidak di balas. Bukan apa, orang kata tidak baik kalau kita begaduh lebih dari 3 hari, lagi kan pula isnin ini dah mula fainal exam. Sebelum aku masuk exam aku nak mintak maaf dengan semua orang supaya kerja yang aku buat kiranya berkat nanti. Sambil membelik-belik nota-nota yang kubuat, sempat juga aku menjeling-jeling henfonku menanti panggilan dari ‘si dia’. Tiba-tiba pintuku dikuak dengan kasar. Terkejut aku bila melihat Fiza didepanku seperti dikejar sesuatu. Dengan termengah-mengah dia berkata “ kau tau tak? A..a…a..” “ tau apanya? Kalau kau belum bagi tau, aku tengok kau ni macam kena kejar hantu sahaja. Cuba pelan-pelan, bukan ada gempa bumi pun dekat sini” dengan selamba aku bangun menuju ke almari bajuku. “ aku nak cakap la ni, kau tau aku baru dengar cerita si Syah minggu depan masuk ‘ kod kolej’ tau. Dia kena tindakan tatatertib sebab begaduh dengan sorang budak hari jumaat, dengar cerita budak tu sampai pengsan.” Sikat yang mensisir rambutku terlepas dari pegangan. Tangan aku mula menggigil bila mendengar berita itu. Aku menoleh memandang Fiza yang mula duduk. Aku ke meja study mecapai henfon ku. Aku mula membuat panggilan tetapi dihujung talian tidak diangkat sehingga kedegaran suara operator. Aku memandang henfon “ kau tak payah lah nak call dia, aku call juga tadi nak kepastian. Bukannya dapat pun. Dia fruss la sekarang ni. Aku dengar cerita mungkin kena exseten sem paling kurang kot. Tak pun kalu kes tu dikira berat nampaknya dia kena berenti rasanya.” Aku mula risau mendengar penerangan Fiza. Aku tertanya-tanya kenapa pada waktu-waktu penting begini hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku terjadi.

Lepas paper exam tadi, aku mendapat satu mesej yang sudah lama aku tunggu. Tidak sabar aku ingin berjumpa dengan dia, rindu rasanya tidak mendengar dan melihat dia selama 2 minggu ini. Langkahan ku pantas menuju ke cafeteria, aku melalui parking motor tiba-tiba aku berhenti apabila terlihat motor itu. Aku berpatah balik menuju ke skuter itu, kulihat skuter bergrafik kartun Naruto sambil tanganku mengosok-gosok motor itu lalu terukir senyuman diwajahku. “Nak naik ke?” aku menoleh kearah empunya suara. Dia berdiri bersandar didinding sambil melemparkan satu senyuman buatku. Melihat dia, banyak persoalan yang tertangguh ingin aku utarakan padanya. Seperti sudah mengetahui apa yang igin di luahkan dia berjalan kearahku sambil menghulurkan helmat. Kini kami dikerusi rehat sebelah bangunan libery, dia duduk diam dihujung kerusi. Aku tahu dia sedang bersedia ingin mengatur kata-kata untuk aku. Aku dengan sabar menunggu tindakan darinya. Kepala ditoleh kearah ku lalu bicaranya bermula “ saya berenti study lepas ini, saya nak cakap sory kalau saya buat awak marah dan terima kasih selama kita berkawan. Awak baik dengan saya walau pun saya jenis macam ini. Susah nak dapat kawan macam awak ini. Kalau awak degar apa-apa berita pasal saya harap awak maafkan saya.” Aku disebelah terkejut dengan luahan dia. Ku toleh mengadapnya meminta kepastian. Dia memandang ku dengan pandangan yang kesal. Belum sempat ku bersuara dia menyambung kata “ Besok saya terbang pergi Austerlia. Lepas saya buat hal hari itu. Ayah saya mengamuk habis, dia cakap saya terlalu manja.hehehe… jadi dia hantar saya tinggal dengan abang saya yang garang dekat sana. Biar dia yang ajar saya.” Walaupun kata-katanya dibunyikan seperti gurawan tetapi aku tahu yang dia terlalu sedih.

“a..a…a…, kenapa awak buat saya macam ini. Kenapa? Awak tak anggap kita ni kawan ke?, kenapa awak mesti pukul perempuan itu. Kan saya cakap saya tak ada apa-apa. Tu kan hal saya, kenapa awak tak pikir dulu sebelum buat. Sebab pekara kecil sahaja awak dah jadi macam ini.” Dengan termengah-mengah aku meluahkan kata-kata. Kini airmataku terasa mengalir di pipi. Dia hanya tersenyum sambil tangannya menyapu pipiku yang dibasahi airmata. “ bukan sebab awak saya dan dia bergaduh. Tu kerana saya sendiri, awak memang kawan terbaik saya, saya suka awak. Awak yang ajar saya kearah yang lebih baik. Untung saya dapat awak. Jangan sedih, saya pergi tak lama pun. Kalau ada jodoh, kita berjumpa juga lepas ini. Saya akan sentiasa igat awak.” Aku kini telah reda dengan pujukannya. Sebelum dia berlalu meninggalkan aku dan Fiza di pekarangan airpot ini, sempat aku menghadiahkan sesuatu untuk dijadikan kenangan diantara kami. Tanpa aku sedari dihujung penkarangan ada sepasang anak mata memandang kami. Sebelum pulang aku sempat bertanya kepada Fiza kenapa keluarga Syah tidak menghantar dia. Jawapan Fiza ringkas sahaja “ keluarga orang kaya, kau tahu-tahu lah. Sebuk memanjang, lagi-lagi anak yang buat salah.” Dia berjalan menuju ke luar ku hanya membontotinya. Ketika kereta Fiza mula begerak untuk meninggalkan airpot, aku terlihat satu kelibat seseorang yang aku kenali tapi tidak berapa pasti kerana penglihatanku padanya hanya sekilas lalu.

“Sayang! Sayang!” panggilan itu tidak kupandang walaupun ku tahu empunya diri. Aku menutup pintu kereta lalu kukunci. “ awak, kenapa lambat ini? Saya panggil tak dilayan pun” lantas ku menoleh kearah dia yang kini berdiri disebelah ku. “ pada muka. Yang awak panggil saya panggilan tu kenapa? Awak kan tau saya tak suka.” Aku berlalu meninggalkan dia menuju ke pekarangan rumah yang sedang riuh-rendah. “ala apa salahnya saya panggil macam gitu, awak kan tunang saya.” Tiba-tiba aku berhenti dan menoleh dia sambil tersenyum “ peduli la, awak tu baru tunang saya sahaja. Saya nak simpan kata-kata keramat ini sampai awak akad nikah saya nanti. Masa tu baru boleh panggil. Kalau panggil sekarang, tak tau esok lusa awak jumpe dahi licin terus tinggal saya, merana saya.” dia senyum memandang ku. Sudah basi rasanya mendengar jawapan itu dari bibir ku. “ kin, baru sampai?” aku menoleh ke seseorang yang lanjut usia. Dia begitu ayu berbaju jubah merah putih itu. Aku melemparkan senyuman kepadanya “ ah2 umi, baru sampai. Laporan kena anta hari ini, maaf datang lambat tak tolong rewang pulak tu.” “ takpa-takpe, umi senang sahaja panggil catering, sama macam majlis kamu hari tu. Riz dah tunjukkan kembar kamu tu pada Kin? Dengar tadi Sofia tak sabar-sabar nak jumpa bakal ipar kembarnya ini.” Solan di ajukan pada tunangku yang berada disebelah. Dengan muka seposen dia menggelengkan kepala. “ pergi la sebelum Majlis Strat nanti” arahan di ikuti oleh si anak ini. “ amboi, itu mak saya belum jadi mak awak boleh pulak awak panggil umi. Saya dah tunang awak nak suruh panggil sayang kena tunggu nikah nanti, kempunan la saya nampaknya.” Aku menjeling “ ala apa yang kumpunanya, lepas Sofia tunang nanti kita nikah sesame minggu depan je. Tak lama pun” tarih perkahwinan kami ditetapkan pada hari yang sama dengan perkahwinan kembarnya. Oleh kerana mereka kembar, perkawinan igin dilangsungkan bersama-sama. Aku cuma mengikut. Aku tidak pernah melihat kembarnya, semasa kami tunang kembarnya masih diluar Negara. Dari pada cerita, Sofia seorang yang baik dan cantik. Sama seperti tunangku ini, hensom la juga. “ nape tengok saya senyum-senyum?” “ takda paper pun. Saya tengok awak pakai baju melayu kemas ini kalah orang yang nak tunang hari ini” jawapan untuk mengelakkan supaya tidak tertangkap oleh si dia. “ apa salahnya, awak tu la buat problem sikit, cuba awak datang tadi pakai baju kebaya masa kita tunang hari tu. Compem kita boleh terus nikah sahaja sekejap lagi lepas diorang tunang.” Kupukul bahunya dengan bag tangan bila dia begurau begitu.

Kulihat si gadis itu berjalan kearah kami, langkahannya sungguh tersusun. Begitu ayu bila kebaya putih berlabuci merah dikenakan keatas dirinya yang putih itu. Dengan gaya tudung ala-ala Syikin menampakkan kecantikan diwajahnya. Senyuman yang dilemparkan membuatkan aku terpesona melihatnya. Dia berdiri dihadapan ku kini, lalu dihulurkan satu sampul surat kepadaku. Aku menerima dengan teragak-agak, ku toleh kepala kepada tunang ku. Dia memberi isyarat supaya aku membuka sapul itu. Aku membuka dan kukeluarkan sekeping kad berserta gambar, tiba-tiba air mataku mengalir. Aku melihat si gadis dihadapan ku, dia tersenyum lalu memeluk aku, dia berbisik kepadaku. Kita sememangnya berjodoh, terima kasih atas hadiah itu. Kerana sayang dan cinta mu kepadaku, menjadi aku seorang yang berguna seperti ini. Begitu juga jodoh kau dan Syuk.” Dia melepaskan pelukan lalu menepuk-nepuk bahu kembarnya yang berada disebelah. “ kau jangan nak memaikan kawan aku ni, kalau aku tau siaplah kau.” Amaran diberikan kepada tunangku itu lalu dia berlalu masuk kedalam rumah banglo. Aku melihat kembali kad ditanggan ku, isinya sama sewaktu kuberikan hadiah buku bertajuk ‘don’t be sad’. Lirik lagu kerana cinta, Cuma bezanya dihujung nama pengirim bertukar ‘Aisyah Sofia’. Aku tersenyum memandang kearah pintu bila namaku dipanggil masuk. Aku, Syah dan Syuk adalah kenangan yang tersemat di dalam memori ini.

No comments: