-SaLam-
satu ketika dulu
aku membiarkan sahaja pintu itu terbuka
akan tetapi tidak juga yang singgah
mungkin kerana ada pengawal yang mengawasi dan menjaganya
mereka mengawasi kerana usiaku ketika itu..
tapi bila masa itu berlalu mereka memberikan kunci pintu itu kepadaku..
katanya hargailah ia untuk seseorang yang menghargai mu bila masa nya tiba..
dan aku bersendirian menunggu di pintu ini..
tapi keadaan masih sunyi dan tiada yang ingin singgah ke pintu ini..
lantas ku tutup pintu dan menguncinnya
sudah sekian lama aku menunggu..
pintu itu diketuk.. dengan pantas ku buka kuncinnya..
akan tetapi tiada sesiapa di depan pintu..
sedih terasa..
ku tutup ianya kembali...
sejak itu pabila pintu itu di ketuk..
aku biarkan kerna aku ketahui ianya hanya mainan mereka...
ada kemungkinan aku takut..
ya takut sedih..
tapi aku tidak risau sunyi
walaupun aku terkunci berseorangan..
kerna aku tahu DIA telah menetapkan seseorang
yang betul2 mengetuk pintu ini
dan aku sentisa berdoa seseorang itu adalah orang yang betul2
iklas mengetuk pintu ini untuk menjaga aku dan kunci pintu ini..
apabila waktu itu tiba
pasti ku buka kunci pintu itu khas buat si dia..
senyum selalu ^_^
Tunggu warna pelangi dihujung harimu
No comments:
Post a Comment